Wednesday, September 2, 2009

CONVO PRASEKOLAH SK SERI DUYONG

Seronok rasanya bila berpeluang merakamkan foto convo kanak-kanak prasekolah ni.
Walaupun terpaksa melayan kerenah mereka yang agak nakal namun mereka memberikan kerjasama yang baik.
Adakalanya terpaksa mengambil lebih dari sepuluh shoot, namun ia memberikan kepuasan apabila menatap wajah-wajah comel mereka.
Gambar berkumpulan bagi kanak-kanak prasekolah ini juga ada cabaran tersendiri.
Cikgu-cikgu terpaksa memberikan perkataan-perkataan yang boleh membuatkan mereka tersenyum semasa dipotretkan.
Contohnya cikgu akan bertanya 'buah tembikai rasa apa?'
kanak-kanak ini akan menjawab 'manisssssss.....'
dan ketika inilah gambar mereka dipotretkan
Terima kasih kepada Pengetua Pn. Hjh. Aminah, Cikgu Rosmaliza dan Cikgu2 yang terlibat bagi sesi photography ini kerana memberi peluang kepada candidshooter.
Gambar kelas dan sebahagian gambar adik-adik yang comel.....



















No comments: